Tuesday, April 16, 2013

Cara menjimatkan penggunaan elektrik paling berkesan

Penjimataan elektik yang paling berkesan: 

1. Peti Sejuk 

a). Ini mudah sahaja hendak jimat penggunaannya iaitu belilah makanan basah atau sayuran untuk kegunaan dalam jangkah masa 1 minggu sahaja.Kenapa? Makanan basah contoh seperti ikan, bertahan pun dalam jangkah 1 minggu. Itupun sudah dikira darurat. Okey.., katakanlah kita ada program hujung minggu itu atau pergi ke bandar. Jadi..,makanan basah untuk 1 minggu itu sure sudah habis. Tidak habis kena habiskan juga. Ha ha ha.... Jadi bolehlah ibu-ibu padam suis peti sejuk. Mudah sahaja kan...bolehlah berjalan dengan aman tanpa was-was.

b). Dan paling Jimat - Padam suis peti sejuk itu dikala waktu malam. Ini kerana malam tidak ada matahari. Jangan risau, tidak cair pun makanan basah itu kerana disimpan dalam peti beku. Bila bangun pagi bagi hidupkan peti sejuk semula.

*** Tidak percaya cuba ikut langkah tersebut dan lihatlah hasilnya dalam bil elektrik anda. 

2. Periuk Nasi - Bila masak,pastikan lap periuk nasi bagi kering betul-betul dan tutup periuk nasi tersebut.

3. Air Cond
  • Benda ini memang kos agak mahal.Caranya senang saja, bila waktu sejuk tidak payahlah pasang.Guna kipas saja ha ha ha.... Kecualilah kalau musim panas, pasanglah aircond dan pastikan kipas tukar dari mood "auto" ke "on" aje.Ok.
  • Tutup lampu bilik apabila tidak digunakan. Cahaya lampu menghasilkan haba yang akan menyebabkan penghawa dingin bekerja dengan lebih kuat.
  • Elakkan pancaran sinaran matahari terus kepada penghawa dingin yang sedang berfungsi.
  • Kurangkan  pergerakan  masuk -  keluar  melalui  pintu. Ini  akan menyebabkan kehilangan udara sejuk dari dalam kawasan yang sejuk.
  • Jangan  letakkan   peralatan   pemanas   berhampiran  dengan penghawa dingin.
  • Tetapkan suhu pada  24-26 Darjah Celcius. Penyejukan bilik kepada suhu yang lebih rendah daripada 20 Darjah Celcius akan menyebabkan kemasukan haba dari luar dengan cepat. Ini akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik.
  • Bersih dan tukar penapis udara  (air filter) secara terjadual. Tak tahu? bertanya... "Malu bertanya sesat jalan" atau search kat Mr.Google.. :)
***Dan bagi yang belum pasang aircond, bila bercadang pasang nanti kena pastikan air cond yang sesuai digunakan.Pastikan baca label di bawah:-

     

4. Mesin basuh - Anda digalakkan untuk tidak mengunakan mesin pengering bila cuaca elok. Jemurlah pakaian tersebut dibawa sinar matahari untuk mengeringkannya. Ini kerana matahari itu mempunyai kuasa untuk mematikan kuman2 dalam pakaian. Bila cuaca hujan barulah guna mesin pengering. Dan itulah gunanya pengering.ha..ha..ha' Tidak rugi berjimat. 

5. Tutuplah suis bila tidak digunakan dan cabut suis tersebut. Walaupun kita sudah tutup suis tersebut tapi arus elektrik itu masih ada. 

6. Janganlah tamak, sudah ada Laptop depan mata nak lagi TV depan mata. Mana satu nak tengok ne, ha ha ha.... Tapi bagi orang yang tak risau pasal kewangannya habis ke perkara2 demikian, Juzzz...senanglah kan. Bagi saya kalau dapat jimat, jimatkan. Ini bukan kes kedekut tapi kes nak berjimat.Ha ha ha... Sara hidup sekarang amatlah mahal. Hidup seorang senanglah tapi bila sudah ada yang ditanggung ini memang payah. Lagipun tak rugi berjimat, boleh didik individu tersebut supaya lebih cermat,teliti dan fokus.

Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger